Friday, December 13, 2013

Perempuan vs Lelaki

Assalamualaikum and a very good day indeed! ^^
Wah wah wah lama gila x update blog. Setaun sebulan sehari lebih skit haa. Tp dlm byk2 hari kenapa tiba2 harini nk update? Well mmg la lpas SPM xde benda nk buat kan? Salah satu faktor gak tu. But the main factor is ' a part of asked me to ' if u know what I mean.

Ok lah, so tanpa membuang masa lagi, lets carry on to the topic ; Perempuan vs Lelaki ! Jeng jeng jeng! Haa apa benda yg nk dibicarakan dlm isu ni? Well, baca lah kalau nk tau ^^

_______________________________________________________________

So, perempuan dgn lelaki, mana yg lebih baik? Jawapannya bergantung pada bidang apa yg korang maksudkan. Tapi itu x penting. Yang aku nk bincangkn dlm entry ni adalah :

1. Sexism

Sexism adalah sifat prejudis yang atau diskriminasi terhadap jantina yg berbeza. Haa ni sebenarnya satu mindset yg sangat sangat sangat dangerous. Sebab apa?

Masa budak2 en, kalau llaki sentuh perempuan kita akan kata "EWW!! COOTIES!!". Pastu cikgu2 slalu kata "Budak perempuan biasanya rajin, budak lelaki kuat main". Sikap sexist ni pun muncullah dlm diri budak2 yg xtau apa2 saaaaaaaaaampaikan diorang akan mcm "ewwwww perempuan" "ewwwww lelaki". Tak, benda ni bkn exaggerate, tp ni realiti. Ibu bapak akan rasa mcm misi diorang tercapai sbb benda ni berlaku. Yes, mmg boleh jd sbgai step utk jauhkan anak2 dari maksiat and whatnot, but this is not the best way. Parents slalu encourage anak dia untuk 'obey'. But yg sepatutnya, parents kena train anak dia untuk fikir apa yg betul starting from young age. Therefore, masa diorang masuk usia remaja, diorang xkan terkejut and berfikir macam "I'm too old for toys but too young to make life decisions".

2.  Masculism

Masculism pulak sifat yg ada dlm diri lelaki yg membuatkan dia rasa yg lelaki ni far more superior when compared to women. Even as a guy, aku sendiri x suka ngan sifat ni. Sebab apa?

Sebabnya, masculism ni satu amalan org arab jahiliah. Just think about it, perempuan tinggalkan keluarga dia utk hidup dgn suami dia, mengandungkn anak suami dia, lahirkan anak suami dia, anak tu bernasabkan suami dia, jaga makan minum anak tu, susukan anak tu, pastu kalau anak tu berjaya org puji bapak dia jugak. Berapa cubit sgt jasa org lelaki ni kalau nk dibandingkan dgn perempuan? Cuma sbb lelaki lg kuat, senang nk jd leader, dia lg superior? Godai dgn pegangan tu.

3. Feminism

Feminism on the other hand bukannya FEMALE > MALE. Simply put feminism ni FEMALE = MALE. Therefore, I'm a male feminist. Yes, seriously.

Feminism ni mentality yg menuntut kesamarataan lelaki & perempuan. Bukannya membenarkan perempuan jd bapak or so, tapi dr segi politik, ekonomi, sosial etc. Feminism ni believing in equality. The guys got nothing to lose kan? So, why bother nk tolak ideologi ni? So what kalau x jadi gender yg superior? Kalau superior sgt, meh la aku letak 2 orang lelaki kt pulau x berpenghuni and see how the species survive there. But utk perempuan pun, feminism is a give and take lah. No more, "Tolong bawakkan handbag I, I kn perempuan" "Tolong belanja I makan, I kan gf" "Hey hey, Ladies first" and so on. Sbb apa? When you have equal rights, you have the right to be independent and guys have the right to not pamper you.

So readers, willing to take any of the ideology above? Well bg aku lah kan, xkira siapa pun kita, kita xboleh pilih nk lahir dgn gender apa. Yg kita boleh buat adalah accept diri kita siapa and find a perfect soulmate (from the opposite gender) yg akan lengkapkan diri kita. A perfect soulmate is not a perfect human, they're just people whom you love and love you regardless of each others' flaws.

So, tu je lah kot bebelan aku harini. Jumpa lagi kalau ada jodoh ^^ Assalamualaikum. C y'all later alligators! AUM! ^^ 

Sunday, November 11, 2012

Jangan TAMAK!! >:|

Assalamualaikum! Apa khabar sahabat2 sekalian? ^^ cewah skema teruk.

Ok, tanpa memanjangkan post lagi, mlm ni nk kongsi satu lagi cerita. Cerita kali ni kita berpatah balik ke era kesultanan melayu melaka :D

PENGEMBARAAN MENCARI KEKAYAAN

Pada zaman dahulu, terdapat seorang lelaki yg berasal dari Rom. Lelaki ni merupakan seorang pemuzik a.k.a 'bard' dlm bahasa omputihnya. Lelaki ni bernama Ali dan dia ni sgt miskin sebab kerja dia xtetap. Sekejap ke sini sekejap ke sana dgn gitarnya. Ali ni digelar sbg Ali Si Fakir. Dia ni orang Melayu tp tinggal kat Rom.

Satu hari, Azmi ternampak seorang perempuan diserang sekumpulan penyamun. Ali dengan pantasnya menghentak kepala penyamun pertama dgn gitar dia. Gitar ali pecah dan penyamun tu mati. Pastu, ali pun ambik pisau penyamun yg mati tu dan trus tikam perut penyamun kedua. Penyamun ketiga cuba menyerang ali tapi ali mengelak. Dia tendang penyamun ketiga tu dari belakang dan kutip pisau penyamun kedua. Pastu penyamun ketiga lari ketakutan. Perempuan tu berterima kasih n berjanji nk byr balik gitar Ali. So, perempuan tu pun bawak Ali untuk jumpa ngan bapak Perempuan tu untuk tuntut hadiah. Ali terkejut bila sedar yg bpk perempuan tu sbnrnya raja. Ali pun dihadiahkan dengan satu kapal dagang berisi emas.

Ali berlayar ke serata dunia menjual barang perhiasan emas. Semakin hari Ali jadi semakin kaya. Tapi, Ali xpernah berpuas hati. Ali berlayar selama beberapa bulan n tinggal kat rumah selama sebulan je untuk setahun. Kekayaan Ali menyebabkan nama gelaran Ali jadi Saudagar Ali si Kaya. Oleh kerana terlampau kaya, rumah Ali dipenuhi dengan jongkong emas.

Pada suatu malam, Ali terus belayar walaupun baru pulang 2 minggu. Dia nak kejar harta dunia untuk menjadi lelaki yg paling kaya. Semasa belayar, rumah Ali dirompak. Puteri raja yg tlah mnjadi isteri Ali dibunuh. Tp, xsiapa pun tahu kisah sbb kawasan rumah Ali dikelilingi pagar yg menghalang jiran masuk. Bila Ali balik, semua hartanya lesap dan bangkai isterinya berbau busuk.

Oleh kerana baru menyedari tentang nikmat dunia yg hanya sementara, Ali mendermakan semua hartanya kepada orang miskin lalu berlayar untuk mengisi saki baki kehidupan dia.

~TAMAT~

Pengajaran dari cerita ni ialah, jangan kita bersifat tamak. Sbb semua yg kita nampak sekarang ni hanyalah nikmat dunia semata2. Orang yg tamak akan mendatangkan kemusnahan. Seperti sabda Rasulullah S.A.W :

"Dua serigala kelaparan yang dilepaskan pada satu kumpulan kambing tidak mampu memudaratkannya lebih dari kemudaratan pada Agama yang dilakukan oleh sifat tamakkan harta dan keinginan untuk menjadi orang yang berpengaruh."

Jadi, sama2 lah kita ambil iktibar dari cerita yg tak seberapa ini. Wallahua'lam. InsyaAllah I'll c y'all later alligators! AUM! ^^