Assalamualaikum! Apa khabar sahabat2 sekalian? ^^ cewah skema teruk.
Ok, tanpa memanjangkan post lagi, mlm ni nk kongsi satu lagi cerita. Cerita kali ni kita berpatah balik ke era kesultanan melayu melaka :D
PENGEMBARAAN MENCARI KEKAYAAN
Pada zaman dahulu, terdapat seorang lelaki yg berasal dari Rom. Lelaki ni merupakan seorang pemuzik a.k.a 'bard' dlm bahasa omputihnya. Lelaki ni bernama Ali dan dia ni sgt miskin sebab kerja dia xtetap. Sekejap ke sini sekejap ke sana dgn gitarnya. Ali ni digelar sbg Ali Si Fakir. Dia ni orang Melayu tp tinggal kat Rom.
Satu hari, Azmi ternampak seorang perempuan diserang sekumpulan penyamun. Ali dengan pantasnya menghentak kepala penyamun pertama dgn gitar dia. Gitar ali pecah dan penyamun tu mati. Pastu, ali pun ambik pisau penyamun yg mati tu dan trus tikam perut penyamun kedua. Penyamun ketiga cuba menyerang ali tapi ali mengelak. Dia tendang penyamun ketiga tu dari belakang dan kutip pisau penyamun kedua. Pastu penyamun ketiga lari ketakutan. Perempuan tu berterima kasih n berjanji nk byr balik gitar Ali. So, perempuan tu pun bawak Ali untuk jumpa ngan bapak Perempuan tu untuk tuntut hadiah. Ali terkejut bila sedar yg bpk perempuan tu sbnrnya raja. Ali pun dihadiahkan dengan satu kapal dagang berisi emas.
Ali berlayar ke serata dunia menjual barang perhiasan emas. Semakin hari Ali jadi semakin kaya. Tapi, Ali xpernah berpuas hati. Ali berlayar selama beberapa bulan n tinggal kat rumah selama sebulan je untuk setahun. Kekayaan Ali menyebabkan nama gelaran Ali jadi Saudagar Ali si Kaya. Oleh kerana terlampau kaya, rumah Ali dipenuhi dengan jongkong emas.
Pada suatu malam, Ali terus belayar walaupun baru pulang 2 minggu. Dia nak kejar harta dunia untuk menjadi lelaki yg paling kaya. Semasa belayar, rumah Ali dirompak. Puteri raja yg tlah mnjadi isteri Ali dibunuh. Tp, xsiapa pun tahu kisah sbb kawasan rumah Ali dikelilingi pagar yg menghalang jiran masuk. Bila Ali balik, semua hartanya lesap dan bangkai isterinya berbau busuk.
Oleh kerana baru menyedari tentang nikmat dunia yg hanya sementara, Ali mendermakan semua hartanya kepada orang miskin lalu berlayar untuk mengisi saki baki kehidupan dia.
~TAMAT~
Pengajaran dari cerita ni ialah, jangan kita bersifat tamak. Sbb semua yg kita nampak sekarang ni hanyalah nikmat dunia semata2. Orang yg tamak akan mendatangkan kemusnahan. Seperti sabda Rasulullah S.A.W :
"Dua serigala kelaparan yang dilepaskan pada satu kumpulan kambing tidak mampu memudaratkannya lebih dari kemudaratan pada Agama yang dilakukan oleh sifat tamakkan harta dan keinginan untuk menjadi orang yang berpengaruh."
Jadi, sama2 lah kita ambil iktibar dari cerita yg tak seberapa ini. Wallahua'lam. InsyaAllah I'll c y'all later alligators! AUM! ^^