Saturday, October 27, 2012

Raya haji

Assalamualaikum! ^^
Hari ni, hari terakhir Malam ni, malam terakhir sebelum aku balik maktab balik. Ye lah kan, cuti raya haji ni mana panjang. Tapi takpe, untuk cuti kali ni, nak share satu cerita eh? :D

KISAH LELAKI DAN LEMBUNYA

Kisah ni bermula pada suatu zaman dahulu. Kira zaman2 Kesultanan Melayu Melaka gak ah. Ada seorang lelaki nama Korbi. Anak kepada Somsun si tauke peralatan komunikasi. Somsun ni jual mcm2 alat komunikasi seperti tin kosong + tali, gendang, surat, merpati dan sebagainya. Perniagaan Somsun ni sentiasa untung, tp dia xpernah kaya. Sebabnya, Somsun ni dikenakan sewa rumah yg tinggi oleh Applu. Tapi, sejak kelahiran Korbi, Somsun semakin kaya. Korbi yg mesra dengan orang dr setiap lapisan masyarakat, byk mendatangkan pendapatan kepada keluarga Somsun ni. Korbi ni seorang penghibur. Mmg dia lah yg paling popular terutamanya dlm kalangan orang yg x berapa mampu nk byr penghibur mahal2 utk tgk persembahan.

Satu hari, Korbi dihadiahkan seekor lembu emas dinamakan Lembugini. Lembu ni jadi haiwan kesayangan Korbi merangkap kawan baik dia. Lembugini yg berbadan sasa dan berbulu cantik ni dijadikan kenderaan untuk Korbi pergi buat persembahan. Satu hari, Korbi didatangi oleh seorang lelaki tua. Lelaki tua tu menasihatkan Korbi menderma Lembugini untuk fakir miskin pada hari raya korban yg akan datang. Korbi menolak.

Selepas 2 tahun berlalu, Lembugini semakin gemuk dan sihat. Korbi didatangi oleh lelaki tua yg sama yg memberikan nasihat yg sama. Dengan penuh rasa marah, Korbi melempang orang tua tu. Orang tua tu trus blah lalu berkata "Sia2 aku hadiahkan kau lembu emas ksayangan aku tu".

Korbi terkedu dgar kata2 si tua tu. Kini, baru Korbi sedar bahawa si tua tu sbnrnya kesiankan keluarga Korbi yg miskin dan x mampu mengerjakan ibadah korban. Jadi, pada tahun tu, Korbi pun sembelih lah si Lembugini tu. Tanpa disangka, salah satu dari tulang belakang Lembugini tu bertukar menjadi emas. Korbi dengan penuh gembiranya menderma emas tu dan esoknya, Korbi menemui seorang saudagar sakit. Saudagar tu mewasiatkan 700 ekor lembu emas kepada Korbi sebab dia dah nk mati tp xde waris. Selepas tu, hidup Korbi semakin senang sbb dia jadi seorang saudagar lembu emas. The end

Pengajaran dari cerita ni, laksanakanlah ibadah korban sekiranya mampu. Kan kita dpt chance sekali je setahun hijrah? :D Selain tu, rajin2 lah bersedekah. Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 261 :
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ  حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 ) 

Semoga ilmu ni bermanfaat buat kita semua eh? Renung2kanlah :D Assalamualaikum, InsyaAllah, c'yall later alligators! AUM! ^^ 

No comments:

Post a Comment

COMMENT HERE! :D